My Blog List
My Blog List
Translate
Wednesday, May 2, 2012
Misi cuci Pulau Redang
Rasa teruja selami hidupan marin, keindahan pulau sambil curah bakti bersih destinasi pelancongan
BERAPA ramaikah di antara kita yang menitikberatkan faktor kebersihan alam sekitar ketika berada di destinasi percutian? Mungkin ramai yang mengakui kesedaran itu ada, tetapi ada juga yang tidak mengendahkannya langsung.
Buktinya, masih ada membuang sampah sehingga mencacatkan pemandangan indah tanah tinggi yang menghijau, pantai, pulau dan lautan yang menjadi tarikan di negara kita ini.Menyedari perlunya meningkatkan kesedaran di kalangan masyarakat dan juga pelancong, Berjaya Hotels & Resorts, baru-baru ini menganjurkan program Redang Island Clean Up Day di Berjaya Redang Resort, Pulau Redang, Terengganu.
Selain memperkukuh aktiviti pemeliharaan hidupan bawah laut, usaha ini juga bertujuan mendidik orang ramai mengenai kepentingan terumbu karang dalam ekosistem. tidak ketinggalan, penganjur mahu menyampaikan mesej mengenai perlunya keseimbangan yang harmoni antara alam dan aktiviti manusia.
Program Redang Clean Up Day yang membabitkan kumpulan media dan selebriti tempatan yang aktif sebagai penyelam ini diisi dengan aktiviti selam dan pembersihan dasar laut, pembersihan pantai, seminar pemeliharaan lautan daripada PADI (Persatuan Jurulatih Penyelam Profesional) dan juga bengkel fotografi anjuran Scuba Symphony.
Ikuti catatan 48 jam mengenai program Redang Clean Up Day ini...
Jumaat
9.30 pagi : Rombongan media dan selebriti termasuk Jehan Miskin dan Elaine Daly, berkumpul di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, Selangor seawal 8.15 pagi. kebanyakan kami sempat menikmati sarapan terlebih dulu sebelum berlepas dengan pesawat Berjaya Air ke Pulau Redang.
11 pagi : Penerbangan dari Subang ke Pulau Redang mengambil masa kira-kira 1 jam 15 minit. Jarak di antara Lapangan Terbang Redang ke Berjaya Redang Resort pula tidak jauh dan mengambil masa tidak sampai lima minit dengan perjalanan menaiki bas khas. Setibanya di resort, kami diberi taklimat ringkas mengenai aktiviti berkaitan. Masa lapang kira-kira dua jam sebelum waktu makan tengah hari digunakan sebaik-baiknya untuk meninjau bilik penginapan selain berehat seketika. Penulis dan jurugambar ditempatkan di kawasan berhampiran bukit di pulau ini, justeru pemandangan sekeliling diselubungi kehijauan tumbuhan yang menyegarkan. Ada juga rakan media lain ditempatkan di penginapan yang menghadap pantai yang sudah pastinya sentiasa dibuai deruan ombak dan sapaan bayu.
3 petang : Selepas menikmati makan tengah hari, berkenalan bersama rakan media, selebriti, rakan penyelam dan aktivis pencinta lautan, masing bersiap sedia memulakan aktiviti. Bagi kumpulan penyelam, mereka melaksanakan aktiviti selam sambil membersihkan kawasan dasar laut. Kumpulan peserta bukan penyelam pula dibawa melawat sekitar Berjaya Redang Resort. Kami turut dibawa melihat suite yang pemandangannya menghadap laut jernih dan pantai putih bersih - amat sesuai bagi pasangan pengantin baru. Kami turut menjenguk tarikan terbaru resort, vila mewah menghadap laut yang dalam proses pembinaan.
4 petang : Kami menuju kawasan jeti resort untuk menaiki bot dan bersiar sekitar perairan Pulau Redang. Bot turut singgah di lokasi tertentu bagi membolehkan kami melihat ikan dan terumbu karang yang jelas kelihatan dari permukaan air. Tidak ketinggalan, kawasan pantai yang sering menjadi tempat persinggahan penyu selain sempat menikmati panorama indah matahari terbenam.
7 petang : Tidak lama menjejakkan kaki di pantai, kami perlu bersiap kembali ke laut bagi aktiviti snorkeling pada waktu malam. Majoriti kami melakukannya untuk pertama kali. Sudah pasti, pengalaman snorkeling pada waktu malam amat menyeronokkan. Namun, keterbatasan cahaya lampu suluh jurupandu penyelam, menyebabkan tidak banyak spesies ikan yang dapat dilihat. Memadailah pemandangan pelbagai jenis karang dan timun laut.
8.30 malam : Walaupun agak letih dengan pelbagai aktiviti yang dilakukan pada sebelah siang, kami tetap menggagahkan diri menikmati makan malam. Apa yang menarik, sambil makan malam, kami turut mendengar taklimat mengenai pemeliharaan hidupan marin oleh wakil PADI serta bengkel fotografi dasar laut dari Scuba Symphony.
,b>11 malam : Masing-masing kembali ke bilik penginapan untuk tidur secukupnya sebelum menghadapi hari berikutnya yang dipenuhi lebih banyak aktiviti menarik.
Sabtu
8.30 pagi : Pagi ini, kami bersarapan lebih awal kerana bergegas ke Sekolah Kebangsaan Pulau Redang berhampiran resort untuk sesi penyerahan sumbangan alat tulis kepada lebih 50 murid Tahun Lima sekolah ini. Sumbangan Berjaya Redang Resort dan juga syarikat Emerson dari Singapura ini disampaikan kakitangan syarikat Emerson sendiri. Selebriti kanak-kanak, Fimie Don, turut beramah mesra dengan mereka.
10 pagi : Aktiviti utama, pembersihan pantai dan dasar laut sejajar dengan program tahunan Redang Clean Up akhirnya dapat dilaksanakan kumpulan media dan selebriti. Kami dibawa ke kawasan tumpuan pelancong, Taman Laut Redang untuk mengutip sampah. Kumpulan penyelam pula ke destinasi dasar laut kedua dan ketiga untuk dibersihkan. Di kawasan Taman Laut saja, beberapa beg sampah sarap dikumpulkan. Kebanyakannya puntung rokok, plastik makanan dan serpihan botol minuman yang dibuang pengunjung tidak bertanggungjawab.
11 pagi : Kami kemudian diberi peluang melakukan aktiviti snorkeling di sekitar Taman Laut Redang. Rasa teruja apabila pelbagai spesies ikan laut berenang secara kumpulan berhampiran kami.
12 tengah hari : Selepas Taman Laut, kami bergerak menaiki bot untuk ke destinasi snorkeling kedua yang perjalanannya mengambil masa kira-kira setengah jam dari Taman Laut. Sememangnya Pulau Redang kaya khazanah lautnya yang indah. Di lokasi snorkeling kedua ini, taburan terumbu karang yang pelbagai rupa begitu meluas dan lebih banyak spesis ikan pelbagai saiz dapat dilihat, sekali gus ibarat terapi minda buat kami.
3 petang : Puas berendam, kami pulang ke resort untuk menikmati makan tengah hari dan berehat. Penulis dan jurugambar menyewa basikal di luar resort dan bersiar-siar sekitar kampung Pulau Redang. Suasana sekitar kampung cukup mendamaikan, tidak seperti keadaan kota yang sesak dan sibuk.
8 malam : Malam kemuncak program Redang Island Clean Up Day. Majlis makan malam diadakan di tepi pantai dan pelbagai menu istimewa cita rasa tempatan dan antarabangsa dihidangkan untuk tetamu. Sambil menjamu selera, kami dihiburkan dengan persembahan muzik secara langsung dari artis residen resort ini. Bukan itu saja, sesi cabutan bertuah yang menawarkan bermacam hadiah menarik turut diadakan. Pemenang pertandingan fotografi dasar laut dan juga pemandangan di pantai turut diumumkan pada malam itu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment