Translate

Wednesday, May 2, 2012

Khazanah Tenggol

pix_gal0
Gotong-royong buang sampah, mahkota berduri pulihara keindahan alam 

MENYELAM untuk menerokai keindahan khazanah laut amat mengujakan. Apa tidaknya keindahan terumbu karang dan pelbagai spesies ikan yang tidak pernah dilihat mendatangkan ketenangan dan menjadikan tempoh berada di dasar lautan terasa begitu singkat. Bagaimanapun, aktiviti itu tidak akan sempurna sekiranya dasar laut tercemar.Menyedari kepentingan menjaga kemurnian alam marin, sekumpulan penyelam prihatin menyertai gotong-royong membersih sampah sarap dan mahkota berduri di Pulau Tenggol, Dungun, Terengganu, baru-baru ini.Program dianjurkan Ocean Elements (OE) Sdn Bhd dan ditaja Scomi Marine Berhad itu berlangsung dua hari turut diisi aktiviti gotong-royong membersih pantai Teluk Lipat yang terkenal di Dungun. 

Jumaat 

7.30 pagi: Pengurus OE, Mohd Halimi Abdullah menyambut ketibaan dan memberi taklimat kepada 600 peserta di Hotel Mayang Sari Resort untuk gotong-royong membersih pantai Teluk Lipat hingga pantai Sura Hujung sepanjang 10 kilometer. Peserta terdiri daripada ahli OE, Scomi Marine, Majlis Perbandaran Dungun, pelajar Sekolah Imtiaz, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Politeknik, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Malaysia (JPAM) dan bomba. Menjelang 11.30 pagi, 500 kilogram (kg) sampah berjaya dikumpul dan dibawa ke tapak pelupusan Bukit Lat. 

2.30 petang: Peserta menghadiri sesi taklimat mengenai keindahan dasar laut di beberapa pulau negeri ini termasuk Tenggol, diberi penerangan mengenai kepentingan mengurangkan penggunaan plastik yang sebenarnya musuh utama alam sekitar. Kerosakan karang dan hidupan marin seperti penyu banyak disebabkan oleh bekas plastik. 
Sabtu: 

7 pagi: Pengurus dan Penolong Pengurus OE, Mohd Halimi Abdullah dan Mudzirah Mualim serta orang kuat Scomi Marine, Mohd Huzaifah Mohd Sam tersenyum lebar menerima kunjungan wakil media bersama 30 penyelam dan kakitangan OE serta 10 pelajar UiTM di jeti Kampung Rajawali untuk bertolak ke Pulau Tenggol menggunakan tiga bot.

9 pagi: Pengusaha Tenggol Resort, mesra dipanggil Mak Su dan Abang Aziz menyambut kedatangan kami dengan sarapan cukup enak sebelum aktiviti pembersihan dimulakan. 

1 petang: Selepas mengumpul sampah sarap sebelum membersih diri dan dijamu nasi minyak ayam gulai, sirap dan pencuci mulut. Sesi menyelam diteruskan dan sebahagian peserta lain membersihkan kawasan darat. Sedang menikmati minum petang selepas itu, kami lihat Abang Aziz dan anaknya, Mohd Razis mengorek pantai tidak jauh dari resort untuk menanam 167 biji telur penyu karah yang katanya kali pertama mendarat dan bertelur di situ. 

4.50 petang: Penyelam naik ke pantai bersama lebih 30kg sampah serta 20 mahkota berduri untuk dilupuskan. Tekong bot, Mohd Zulfadli Yahaya memberi arahan kepada peserta supaya segera bersiap untuk pulang ke Kuala Dungun berikutan ombak mula bertambah kuat. 

6 petang: Semua bot bertolak pulang ke Kuala Dungun. Ombak ketika itu agak kuat dan kadang kala mencemaskan kami, namun tekong mahir mengawal keadaan. Pada sesi taklimat akhir, Mohd Halimi menjelaskan beliau berpuas hati dengan kejayaan program itu dan akan terus mengadakannya jika mendapat tajaan

No comments:

Post a Comment