Translate

Tuesday, March 6, 2012

PERODUA kurangkan pengeluaran


AMINAR Rashid  (empat dari kanan)  dan Ketua Pengarah Pengajian Tinggi, Prof Datuk Dr Rujhan Mustafa (empat dari kiri) bersama penerima dana di  Kuala Lumpur, semalam.
AMINAR Rashid (empat dari kanan) dan Ketua Pengarah Pengajian Tinggi, Prof Datuk Dr Rujhan Mustafa (empat dari kiri) bersama penerima dana di Kuala Lumpur, semalam.
Langkah atasi jualan merosot kerana syarat ketat sewa beli kereta

PERUSAHAAN Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) mungkin mengurangkan kapasiti pengeluarannya sebagai langkah terakhir jika jualan terus merosot yang disebabkan syarat ketat dalam pinjaman sewa beli bagi kereta.
Pengarah Urusannya, Datuk Aminar Rashid Salleh, berkata Perodua juga sedang meneliti langkah lain untuk menangani isu berkenaan.
“Jika keadaan tidak bertambah baik, jelas sekali kami perlu melihat kepada langkah tindak balas. Mengurangkan pengeluaran akan menjadi yang terakhir,” katanya kepada media selepas majlis Penyerahan Dana Pembangunan dan Pengubahsuaian Perodua Eco-Challenge kepada institusi pengajian tinggi di Kuala Lumpur, semalam.

Pengeluar kereta nasional kedua itu berkata, jika masalah berkenaan berterusan, ia bukan saja menjejaskan jualannya tetapi juga pihak berkaitan lain seperti pengedar dan vendor.

Berkuat kuasa 1 Januari lalu, Bank Negara Malaysia melaksanakan Garis Panduan mengenai Pembiayaan Bertanggungjawab bagi menggalakkan amalan pembiayaan runcit yang berhemat, bertanggungjawab dan telus serta memastikan sektor isi rumah dan pasaran kredit kekal berdaya tahan.

Aminar Rashid berkata, PERODUA sentiasa menyokong objektif kerajaan dalam membendung hutang isi rumah, tetapi berharap rundingan awal dengan peserta industri perlu dilakukan sebelum sebarang langkah diambil.
“Kami merayu dalam kes kenderaan kategori seperti PERODUA, mungkin pendekatan sedikit berbeza perlu diambil.

“Perundingan awal dengan peserta industri adalah penting. Kami merayu kepada pihak berkuasa apabila mereka mahu memperkenalkan sebarang langkah baru, tolong libatkan kami lebih awal supaya kami boleh memberikan pandangan,” katanya.

Mengenai Perodua Eco-Challenge 2012, Aminar Rashid berkata, semua 13 institusi pengajian tinggi yang mengambil bahagian pada 2011 akan bertanding sekali lagi.

Perodua dalam kenyataannya berkata, pasukan yang menyertai program itu perlu menambah baik kenderaan lumba mereka pada tahun lalu berasaskan kepada konsep buggy menggunakan enjin ViVA 660cc yang diberikan, dengan PERODUA memberikan pembiayaan awal RM10,000 kepada setiap pasukan.

“Untuk menambahkan lagi keseronokan, PERODUA juga memanjangkan jemputan kepada fakulti perniagaan, perdagangan atau pengurusan di institusi yang menyertai untuk bersaing dengan menyerahkan pelan pemasaran, promosi dan perniagaan mereka bagi kenderaan lumba pasukan mereka,” kata syarikat itu.

PERODUA berkata, ia akan menyediakan kepada setiap kumpulan RM5,000 bagi aktiviti pemasaran dan promosi dan satu panel juri daripada industri akan memilih pemenang. – BERNAMA
READ MORE - PERODUA kurangkan pengeluaran

Ketua Pegawai Eksekutif Automobili Lamborghini SpA Itali, Stephan Winkelmann


PRESIDEN dan Ketua Pegawai Eksekutif Automobili Lamborghini SpA Itali, Stephan Winkelmann, mempersembahkan Lamborghini Aventador J kepada pihak media menjelang Pertunjukan Motor Geneva Ke-82 di Switzerland dari 8 hingga 18 Mac ini. - Foto EPA
Mar 6, 2012 7:57 pm
READ MORE - Ketua Pegawai Eksekutif Automobili Lamborghini SpA Itali, Stephan Winkelmann